27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Miliki peralatan perikanan tidak berlesen, sebuah bot ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan jenis gentian kaca bersama 130 unit bubu naga ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau kerana didapati tidak memiliki lesen.

Penahanan bot terbabit di buat pada kedudukan 4.40 batu nautika barat Pulau Pasir Hitam, Perak pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, bot terbabit ditahan oleh Maritim Malaysia yang sedang melakukan penugasan mengawal keselamatan peserta program Amazing Explorer di samping rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Bot terbabit dikesan dalam keadaan mecurigakan dan dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak dua kru nelayan termasuk tekong dan salah seorang daripadanya ialah warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah masing-masing berumur 29 dan 35 tahun berada di atas bot ketika penahanan dibuat.

“Pemeriksaan dokumen turut mendapati bot terbabit tidak memiliki lesen dan turut ditemukan di atas bot yang sama 130 unit bubu naga dengan anggaran nilai hampir RM10, 000,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Selain itu, katanya, tekong turut gagal mengemukakan dokumen kebenaran
penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kesemua mereka ditahan dan bot serta bubu naga dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 iaitu mengoperasikan vesel tanpa lesen yang sah serta Seksyen 11 (3)(b) akta yang sama memiliki peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan,”katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan lanjut. – Edisi 9

.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan