27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pas tak ada modal kempen, isu remeh pun nak mengadu

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

AKU kesian dengan Pas yang duk berkempen dalam PRK Kemaman sekarang ini. Apa taknya, mereka seolah-olah kontang isu untuk melawan calon BN sehingga isu-isu remeh-temeh pun nak dibangkitkan.

Sebelum ini calonnya Dr Sam kata beliau kurang turun padang jumpa pengundi konon takut nanti beliau dituduh menyuap pengundi, nanti BN akan buat petisyen lagi.

Padahal semua tahu Dr Sam sibuk mengurus negeri sampai tak sempat nak turun berkempen lebih kerap.

Tak macam calon BN yang full-time dan non-stop jumpa pengundi sejak hari pertama kempen bermula pada 18 November lepas.

Pas juga terus membangkitkan isu remeh konon Mat Said dan Shabery Cheek takut nak bertanding sebab bimbang kalah lagi.

Padahal BN mendengar suara orang Kemaman yang mahukan calon baharu, segar dan “luar biasa” untuk mewakili mereka.

Jadi untuk pastikan memenuhi kehendak pengundi Kemaman, maka bekas Panglima ATM jadi pilihan untuk menjadi calon.

Soal takut tak wujud walaupun Abang Mat dah kalah dua kali — dalam PRU15 di Parlimen Kemaman dan dalam PRN Terengganu beberapa bulan lepas di DUN Kijal.

Advertisements

Shabery pula bukan kali ini sahaja menolak untuk dicalonkan malah dalam PRU15 dan PRN lepas pun beliau tidak mahu bertanding. Dah banyak kali beliau buat kenyataan secara terbuka.

Tapi yang jelas, Pas yang terkancing gigi apabila BN berani meletakkan calon luar parti, bekas PAT sampaikan terpaksa meletakkan MB sebagai lawan dengan alasan konon Dr Sam bakal jadi PM-11.

Betul ke tu? Kalau nak groom Dr Sam sebagai PM, tunggulah PRU16 empat tahun lagi bukan dalam PRK Kemaman. Menang pun bukan setakat jadi PM, nak tukar kerajaan tebuk atap macam 2020 dulu pun macam mustahil.

Paling kelakar apabila semalam Dr Sam membangkitkan konon BN menyuap wartawan dengan menjamu mereka makan dan berkempen dalam kalangan petugas media.

Walhal setahu aku, petugas media tersebut hanya diraikan sebagai ucapan terima kasih daripada pihak BN yang bertungkus-lumus membuat liputan PRK Kemaman.

Hai, Dr Sam… Takkan nak raikan media pun tak boleh. Lagipun bukannya ada calon di situ bahkan tak ada pun angkat sumpah suruh sokong BN macam Pas buat, “wallahi.. ambo undi Pas” sambil hulur sampul.

Tak ada. Itu bukan cara BN untuk menang. BN tak main “pitis”. BN kempen bersih. Tapi kalau Pas tak puas hati juga, pergilah mengadu.

Dan kalau BN sampai menang dalam PRK Kemaman ni, elok juga Pas kemuka petisyen bantahan di mahkamah. Tak ada siapa nak marah. Tak gitu?

Jadi dalam tempoh kempen tinggal beberapa hari lagi ni, elok juga Pas umum kalau Dr Sam menang di Kemaman beliau akan lepas jawatan sebagai MB dan beri tumpuan jadi Ahli Parlimen.

Berani ke? Potong kuku hitam aku rasa mereka takkan berani. Sebab apa? Sebab seperti kata Abang Mat… puak-puak ni tamak nak bolot semua jawatan yang ada.

Kikikiki….

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan