
“MEREKA yang ‘keluar sekejap’ boleh kekal di luar untuk selama-lamanya.”
Itu isyarat jelas Zahid kepada KJ yang masih menyimpan harapan untuk menjadi Presiden UMNO suatu hari ini.
Aku dah banyak kali tulis bahawa KJ memang tidak ada peluang lagi kalau masih terus berharap kepada UMNO. Bak kata seorang sahabat aku, dalam politik tak ada istilah berehat. Berhenti atau diberhentikan!
Apa lagi dalam sebuah parti yang penuh dengan warlord-warlord yang membolot kepimpinan dari peringkat bahagian, negeri sehingga dalam MKT.
Aku acap kali kata, KJ kalau nak jadi pemimpin parti dia tak boleh duduk dalam UMNO. Dia kena pilih parti “baharu” yang akar sistemnya masih rapuh dan mudah untuk diubah.
UMNO adalah parti tua dan sistemnya sudah berakar umbi dari hujung sampai pangkal dah susah nak pinda apatah lagi nak ubah.
Aku nampak Bersatu adalah parti yang sesuai untuk KJ memandangkan mereka tak ramai pemimpin berpengalaman dan berwibawa.
UMNO bukan sebab begitu ramai pelapis tetapi ruang yang ada terlalu sempit apatah lagi status KJ sudah dipecat dan tidak lagi menjadi ahli parti.
Dulu lagi (kalau siapa ikuti tulisan aku dalam blog) aku kata, KJ sukar mendapat tempat dalam saf utama UMNO sebab kepolitikan KJ tidak sama dengan UMNO.
UMNO parti berakar umbi. Nak berada di puncak kena kuasai peringkat akar umbi.
UMNO bukan parti yang siapa-siapa sahaja “terjun dari langit” kemudian nak pegang jawatan utama apa lagi seorang presiden.
Tidak UMNO bukan tempat orang macam KJ yang merupakan seorang yang begitu ambisius.
Dulu semasa bapa mentuanya memegang presiden UMNO beliau bolehlah menduduki kerusi Pemuda UMNO, itupun tidak mudah sehingga kemenangannya di-‘boo’ di Dewan Merdeka.
Jadi KJ, takkan nak berharap pada UMNO lagi? Carilah parti mana-mana yang sesuai dan boleh menerimanya.
Setahu aku Bersatu memang mendambakan seorang pemimpin macam KJ lagipun Muhyiddin pun dah lama “melamar” KJ untuk bersamanya dalam Bersatu.
Mungkin dalam pemilihan akan datang KJ boleh bertanding jawatan Presiden Bersatu.
Lagipun Bersatukan klon UMNO. Jadi kalau memegang teraju Bersatu terasa aura macam jadi Presiden UMNO.
Tak gitu?