27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Penyokong Terengganu FC dah hilang sabar dengan Bonilla

Mesti Baca

PARA penyokong Terengganu FC semakin hilang sabar dengan kemampuan penyerangnya yang berasal dari El Salvador, Nelson Bonilla.

Apatah lagi melihat aksinya ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim petang semalam.

Turun sebagai penyerang kebangsaan pasukan Amerika Latin itu ternyata pemilik nama Nelson Wilfredo Bonilla Sánchez hanya indah khabar daripada keupayaannya yang sebenarnya.

Sebelum ini keupayaan bekas pemain Sukhothai FC sudah dipersoal para penyokong Terengganu FC kerana gagal menyerlah sejak aksi pertamanya bersama skuad Penyu.

Mereka mula membandingkan Bonilla dengan Ivan Mamut yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

Malahan daripada 14 penampilannya dalam semua kejohanan, pemain yang dibawa masuk musim ini hanya menjaringkan tiga gol iaitu dua dalam aksi Liga Super dan satu gol dalam Piala Malaysia.

Advertisements

Petang semalam, Bonilla membuktikan bahawa dia bukanlah penyerang yang boleh diharapkan oleh penyokong Terengganu apabila dia terlepas menjaringkan gol penting ketika pintu gol JDT terngaga di hadapannya.

Kegopohannya ketika sudah berjaya menewaskan penjaga gol import JDT, Andoni Zubiaurre pada minit ke-33 dan hanya perlu menguis bola masuk ke jaring tetapi disia-siakan.

Tidak hairanlah para penyokong skuad Penyu semakin ‘angin’ dengan penyerang berusia 33 tahun itu dan berharap Ivan Mamut dapat kembali ke dalam padang secepat mungkin.

Mereka turut mempersoalkan keputusan pengurusan Terengganu FC yang membawa masuk Bonilla dari Liga Thailand ketika prestasi pemain tersebut dikatakan semakin merudum.

Malahan Bonilla juga hanya sekadar sebagai pemain simpanan ketika pasukan negaranya, El Salvador beraksi dalam Liga Negara-negara CONCACAF September tahun lalu.

Apapun ada kalangan mereka berharap Bonilla dapat memperkemaskan permainannya di bawah kendalian Badrul Afzan dan menjadi ‘mesin pencetak’ gol bagi Terengganu FC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan