Mesin Taip BurukPolitik Updated: 18 December 2024 UMNO bukan tempat mereka yang bercita-cita besar… By Editor 17 December 2024 181 0 Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Mesti Baca PendapatEditor - 10 January 2025Sifat 20: Mengapa perlu berdalil dalam soal beragama Editor Perjalanan politik KJ dan TJ berbeza tapi mempunyai cita-cita sama. BERGEGAR Menara Dato Onn apabila Tengku Zafrul Abdul Aziz (TZA) dikatakan mahu menyertai PKR dan dicadangkan untuk menjadi MB Selangor.Sampaikan Zahid pun naik angin dan menggelarkan mereka yang nak lompat parti demi kejar kepentingan diri sebagai “go to hell” atau bahasa kasarnya “pergi jahanam”.Baca kenyataan TZA mengenai isu ini, teringat aku dengan bekas Ketua Pemuda UMNO yang dipecat, Khairy Jamaludin (KJ).Dua-dua ini aku boleh simpulnya bercita-cita besar dalam politik. KJ pernah suarakan cita-cita nak jadi PM sebelum berusia 40 tahun.Namun perjalanan politik KJ dan TZA berbeza. KJ beruntung sebab ketika dia mula masuk politik (baca UMNO) dan terus bertanding Ketua Pemuda ketika bapa mentuanya sedang berada di puncak.Maknanya KJ naik kerana adanya bapa mentua yang juga presiden dan PM ketika itu sehingga digelar ‘Budak Tingkat 4’.Dia juga beruntung sebab bertanding Parlimen ketika UMNO masih kukuh dan Rembau pula adalah kerusi selamat (sehingga kini).KJ dilantik dalam Kabinet kerajaan BN ketika zaman Najib jadi PM. Dalam pemilihan UMNO 2018, dia cabar Zahid untuk jawatan presiden dan kalah. Cubaan keduanya tahun lalu juga tidak kesampaian apabila UMNO membuat keputusan tidak ada pemilihan bagi dua jawatan tertinggi parti. Musnah harapan KJ… PRU15 dia tak ada kerusi untuk ditandingi selepas Mohamad Hasan (Timbalan Presiden) nak bertanding di Rembau.KJ terpaksa ‘lari’ ke Sungai Buloh yang merupakan kawasan tidak selamat namun dia berjaya mengurangkan majoriti lawan sehingga 3,000 lebih sahaja berbanding sebelum ini.Sehingga hari ini KJ masih berharap dapat kembali ke pangkuan UMNO dan mengambil alih kepimpinan parti. Itulah cita-cita besar KJ. Berbanding TZA, dia tinggalkan dunia korporat untuk menyertai Kabinet Muhyiddin Yassin (Perikatan Nasional) pada tahun 2020 sebagai Menteri Kewangan. Ketika ramai yang menyangka TZA pro-Muhyiddin tiba-tiba dia memilih menyertai UMNO. Katanya dia dari dulu memang ‘orang UMNO’. Dia kemudian dilantik sebagai ahli MKT UMNO.PRU15, TZA bertanding di Kuala Selangor atas tiket BN tapi tewas tipis kepada Dr Dzulkifly Ahmad dari PH yang juga penyandang.Nasib dia baik, walaupun kalah, Anwar selaku PM lantiknya dalam Kabinet sebagai menteri MITI berstatus Senator.Lantikannya itu sudah tentu direstui pucuk pimpinan UMNO khususnya Presiden walaupun masih ada 30 Ahli Parlimen UMNO/BN lain yang menang. Advertisements Dia juga dilantik sebagai Bendahari UMNO Selangor namun letak jawatan kerana ‘pandangannya’ tidak didengari oleh kepimpinan di negeri itu. Walaupun begitu dia menang dalam pemilihan MKT tahun lepas.Sekarang dia nampak peluangnya untuk pergi lebih jauh hanya melalui PKR sementelah parti itu menguasai kerajaan Selangor.Sebagai seorang kerabat diraja dan begitu akrab dengan Sultan Selangor, peluang TZA untuk menggantikan Amirudin Shari sangat besar.Atas sebab itulah adanya Langkah Kota Raja untuk memastikan TZA menduduki kerusi MB Selangor sekali gus mengingati sejarah Langkah Kajang suatu ketika dahulu.Jadi jelas, antara KJ dan TZA kedua-dua ini aku katakan mempunyai persamaan iaitu anak-anak muda yang memasang bercita-cita besar.Namun bagi aku, mereka hanya salah memilih parti. Orang seperti KJ dan TZA menempuh jalan sukar untuk naik ke puncak jika melalui UMNO.UMNO adalah parti berakar umbi dan memerlukan sokongan dari bawah untuk naik, tidak boleh tiba-tiba datang entah dari mana kemudian mahu menduduki kerusi tertinggi parti.Sukar bagi mana-mana individu bercita-cita besar sama ada nak jadi PM macam KJ atau MB macam TZA jika melalui UMNO. Selain warlord-warlord yang sudah berakar umbi dalam sistem UMNO, mereka juga terpaksa menghadapi para pemimpin yang sudah lama bertapak, berpengaruh di peringkat akar umbi. Langkah dan cita-cita mereka yang seperti KJ dan TZA hanya dapat direalisasikan sekiranya mereka memilih parti lain, bukannya UMNO.Justeru, bagi aku langkah TZA yang memilih untuk bersama PKR merupakan langkah yang tepat.Lagipun perginya TZA ke PKR tidak memberi kesan apa-apa kepada kedudukan UMNO mahupun PKR dalam kerajaan dan Parlimen. Tiada pengurangan atau pertambahan sebarang kerusi.Dia seorang senator dan bukannya Ahli Parlimen. Kedudukannya dalam parti juga atas ‘ihsan’ parti dan bukannya kerana ‘perjuangan’ dari bawah.TZA tidak mempunyai ramai pengikut di peringkat akar umbi. Kalau dia pergi pun, dia akan bersendirian dan tiada yang akan turut sama.Justeru, bagi aku kalau benar TZA memilih untuk tinggalkan UMNO dan menyertai PKR, biarkanlah kerana itulah jalan yang dia pilih dan merasakan terbaik baginya.Benar kata TZA, dalam perjuangan ia adalah hak mutlak individu dan tiada siapa yang berhak menahannya. Tak gitu?Related posts:Pihak jadikan adendum Najib modal politik sebagai memualkanAkur titah Agong: UMNO tidak teruskan perhimpunan 6 JanuariLim Guan Eng, kamu siapa nak bidas UMNO? - AkmalSolidariti Najib: UMNO tidak kisah tanpa penyertaan PKR Umpan jawatan agar tinggalkan UMNO resepi keretakan Advertisements TagsKhairy Jamaluddinmesin taip burukTengku ZafrulUMNO Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Previous articleLebih 52 peratus pengguna nikmati akses rangkaian 5G – FahmiNext article14,210 LJK fasa 11 siap dipasang di Semenanjung dan Sabah Terkini UmumFazrina K - 14 January 2025Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri... Bisnes MY-UAE CEPA cipta rekod, dimuktamad dalam tempoh 11 bulan Wartawan Edisi 9 - 14 January 2025 Bisnes Spritzer So Tinge lancar kempen ‘So Tinge, So Mantap!’ Wartawan Edisi 9 - 14 January 2025 Umum Komitmen ADIA bukti keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara Fazrina K - 14 January 2025 Umum 93,625 duduki ujian masuk MRSM, untuk isi 8,909 tempat Wartawan Edisi 9 - 13 January 2025 Lagi Artikel Berkaitan Adendum: Menteri UMNO sedia beri keterangan di mahkamah Politik Wartawan Edisi 9 - 10 January 2025 UMNO mohon ihsan YDPA beri pengampunan penuh kepada Najib Politik Wartawan Edisi 9 - 6 January 2025 BN tempelak golongan oportunis tangguk di air keruh isu Najib Politik Wartawan Edisi 9 - 5 January 2025 Pihak jadikan adendum Najib modal politik sebagai memualkan Politik Wartawan Edisi 9 - 4 January 2025