26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan bukannya menghina pihak lawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ini.

Menurut beliau, walaupun berbeza pendapat tetapi ia bukannya tiket bagi sesiapa pun menghina orang lain.

“Kita boleh berkempen dengan matang kerana kalah menang itu Allah yang akan tentukan tetapi Islam tidak ajar kita dengan berkempen secara menghina pihak lawan.

“Kempen dengan idea dan hujah bukan dengan menghina pihak lawan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas tindakan penyokong PN yang mengubah suai logo UMNO dengan menggabungkan logo DAP yang kemudian diarak semasa hari penamaan calon di Kuala Kubu Baharu semalam.

Para penyokong PN bersama logo UMNO yang digabungkan dengan logo DAP semasa hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu semalam. – Sumber: Media sosial

Akmal berkata, jika mereka menggunakan alasan konon pihak kerajaan juga menggunakan kempen menghina, mereka tidak sepatutnya mengikut atau mengamalkan perkara yang buruk.

Advertisements

“Kalau macam tu sampai bila politik negara kita nak jadi matang. Jadi tunjukkan akhlak yang baik kerana kita ini adalah cermin Islam di mata orang lain.

“Sebab itu saya beritahu, pilihlah pemimpin yang bukan hipokrit. Selamat memilih, rakyat Kuala Kubu Baharu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO bukan ahli Pakatan Harapan (PH) sepertimana Pas dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

Ini kerana, kata beliau, UMNO kekal setia bersama Barisan Nasional (BN) dan hanya menyertai Kerajaan Perpaduan bagi memastikan tertubuhnya kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ia untuk rakyat dan kestabilan. Sebab itu UMNO tidak ikut telunjuk. UMNO kekal dengan pendiriannya dalam bab kalimah Allah, isu boikot dan titah adendum YDP (Yang di-Pertuan) Agong Ke-16.

“Bukan macam Pas dalam Pakatan Rakyat dulu. Jilat habis. Pemimpin DAP dijulang macam “Umar Abdul Aziz”. UMNO utamakan maslahah tetapi berprinsip,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan