32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tips elak jadi mangsa ‘pancingan’ penipuan dalam talian

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KINI sebenarnya zaman gila. Ada orang hari ini mencari kekayaan dengan mudah dengan menjadi scammer (pencuri dalam talian). Kita perlu waspada dan berhati-hati dengan kewangan dan data peribadi.

Istilah phishing dan fishing mempunyai permulaan yang hampir sama iaitu scammers atau pemancing akan meletakkan umpan.

Phishing ialah istilah dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi scammers memulakan niat jahat mereka untuk mencuri dengan mungumpan sebuah tawaran melalui pautan.

Apabila pancingan mereka mula mengena mereka agar segera menjalankan muslihat mereka. Mereka mencuri data dan juga kewangan.

Memancing (fishing) pun dimulai dengan adanya umpan di hujung kail. Jika ikan tidak berhati-hati (biasanya tak berhati-hati) mereka akan segera merebut umpan tanpa menyedari adanya satu cangkukan besi yang akan menjerat mulut mereka.

Scammers menentukan mangsa mereka, dengan menetapkan sasaran orang-orang yang baru pencen, mereka yang gagap teknologi, orang kaya dan mereka yang tidak berhati-hati.

Usah layan panggilan daripada orang yang tidak dikenali. – Gambar hiasan

Saya pernah menerima panggilan telefon yang mengatakan saya ada saman polis, dan juga ada tunggakan di bank atau berbagai isu lain.

Biasanya suara di hujung talian telah dirakam terlebih dahulu. Apa yang saya buat ialah mematikan panggilan serta-merta. Ini kerana saya tiada urusan dengan hal yang mereka dakwa, kenapa perlu dilayan panggilan sedemikian.

Jika pihak polis atau bank atau sesiapa pun yang ada urusan dengan kita, mereka akan terus berurusan dengan kita dan kita perlu hadir ke tempat-tempat berkaitan, bukan melalui panggilan telefon.

Advertisements

Satu perkara lagi yang perlu kita berhati-hati ialah apabila kita membeli atau memperbaiki komputer.

Pihak yang jahat akan memasang sejenis spyware (perisian pengintip) dalam komputer kita dengan tujuan mendapatkan data pribadi atau akaun bank serta kata sandi (password) supaya mereka senang mencuri apa-apa daripada kita.

Ada beberapa kesimpulan dan cadangan yang dapat kita buat daripada kes begini:

1. Jika ada panggilan telefon yang nombornya tiada dalam fon kita, jangan layan kerana dia bukan kawan kita yang patut dilayan. Jika dia kawan kita, nombor telefonnya sudah pasti terpapar pada layer telefon kita.

2. Jika ingin membeli atau memperbaiki komputer, ajaklah anak atau cucu yang pandai ICT supaya mereka dapat menasihati kita mengenai komputer dan memeriksa apakah ada spyware yang dimuat naik dalam komputer kita.

3. Jika diberikan pautan apa-apa pun, selidiki terlebih dahulu mengenai pautan tersebut, dikhuatirkan ia sebuah jerangkap samar yang akan menyusahkan kita.

4. Jika ada yang ingin bersahabat, baik dalam Whatsapp atau Facebook, selidiki dahulu identiti mereka. Ada lelaki menyamar sebagai wanita dan ada wanita menyamar sebagai lelaki. Dunia semakin gila. Jika tidak pasti jangan jadikan mereka sahabat atau kawan.

5. Jika ada tawaran pelaburan yang keuntungannya tidak masuk akal, maka ia sudah pasti penipuan. Elakkan terus daripada terlibat.

6. Apa-apa hal berkaitan dengan ICT, sebaiknya bertanya kepada anak atau cucu atau kawan-kawan yang mahir tentangnya. Jangan terus bertindak seolah-olah kita pakar dalam ICT, dan kadang-kadang yang pakar dalam ICT pun tertipu kerana tidak berhati-hati.

Semoga kita tetap waspada sepanjang masa dan zaman kini seolah-olah “berkawan biar satu, dan jangan sekali-kali bermusuh dengan sesiapa pun” perlu dijadikan sejenis kewaspadaan.


Penulis adalah bekas Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia.
Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan