28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Tapak Warisan Dunia: Kor Ming ajak UMNO berbincang

Mesti Baca

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengajak kepimpinan UMNO berbincang berhubung cadangan mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP berkata, beliau mengajak pemimpin-pemimpin UMNO bermesyuarat agar beliau dapat menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.

“Sebenarnya saya ada berhubung dengan pemimpin UMNO, kita ajak mereka bermusyawarah supaya kita dapat berbincang dan ketahui hakikat dan fakta sebenar.

“Ia supaya mereka tidak terpesong dengan fakta-fakta atau isu sentimen yang dimainkan oleh pembangkang,” katanya selepas sebuah acara Tahun Baharu Cina di Manjung hari ini, lapor Sinar Harian.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Kor Ming bercadang mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bertujuan untuk mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah kampung berusia 76 tahun itu.

Advertisements

Bagaimanapun, UMNO menentang keras cadangan itu dengan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada keperluan untuk kampung itu dijadikan Tapak Warisan Dunia.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa cadangan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, cadangan itu masih pada peringkat kajian dan pihaknya menyokong sekiranya Kampung Tradisi Melayu turut dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia.

“Pada peringkat kementerian, kita buat kajian kebolehlaksanaan. Kita ada beberapa tapak warisan dunia seperti Gua Mulu, Sarawak; Gunung Kinabalu, Sabah, Melaka dan Pulau Pinang, jika dapat satu lagi memang menjadi kebanggaan negara.

“Sekiranya ada kemungkinan perkara ini boleh dijalankan, maka saya akan angkat (perkara ini) untuk dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri, (kemudian) dan barulah buat keputusan,” katanya.

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan