26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 3, 2024

UMNO tolak wartakan kampung baharu Cina Tapak Warisan Dunia

Mesti Baca

UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bagi mencalonkan kampung-kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun tujuannya untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, tetapi UMNO berpandangan implikasi terhadap cadangan ini terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung.

“Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya dan bahasa akan turut diperakukan.

“Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Kor Ming mesti memahami bahawa isu tanah berkaitan dengan maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu.

Advertisements

Bahkan, kata beliau, cadangan seumpama itu hanya merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, mencetuskan polemik tidak perlu dalam kalangan rakyat, bahkan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri.

“UMNO kekal dengan prinsip sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan.

“Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang isu yang mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat dan membelakangkan hak setiap kaum yang telah dipaterikan dalam perlembagaan,” tegas beliau.

Sebelum ini, Kor Ming dilaporkan mahu mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia, Timor-Leste sepakat laksana pengecualian visa

MALAYSIA dan Timor-Leste hari ini sepakat untuk melaksanakan pengecualian visa bagi rakyat bagi kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan