25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Maritim Malaysia perketat kawalan sempadan perairan negara

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di sempadan perairan negara sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihaknya akan memperhebatkan rondaan di kawasan panas bagi mengekang dan memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti salah laku di Zon Maritim Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata, Maritim Malaysia juga telah menugaskan seramai 800 pegawai dan anggota penguat kuasa dengan kekuatan 45 buah aset milik agensi bagi melaksanakan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara yang meliputi keluasan 556,285 kilometer persegi.

Advertisements

“Maritim Malaysia juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di kawasan perairan negara.

“Maritim Malaysia turut menyeru kepada komuniti maritim khususnya untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak Agensi ini agar aktiviti salah laku dan jenayah maritim dapat dibanteras habis-habisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diharap dapat membantu menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim Negeri (PUSOP) yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan