32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kerajaan pandang serius isu keciciran murid sekolah menengah

Mesti Baca

KERAJAAN memandang serius isu keciciran membabitkan murid-murid sekolah menengah di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, pada masa kini seramai 14,506 atau 0.83 peratus murid sekolah peringkat menengah direkodkan tercicir daripada arus pendidikan atas beberapa faktor utama.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, antara faktor yang dikenal pasti ialah hilangnya minat murid ke sekolah, ingin menampung kehidupan keluarga dan masalah kemiskinan keluarga.

Sehubungan itu, beliau berkata, beberapa cadangan bagi penyelesaian itu telah dikenal pasti antaranya menyebar luas maklumat tentang kepentingan pendidikan sehingga mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Membuat pemantauan berkala terhadap majikan yang mengambil pekerja yang masih bersekolah untuk mematuhi syarat dan waktu bekerja yang ditetapkan.

Advertisements

“Menyediakan pusat latihan vokasional serta memberi sokongan perkhidmatan kaunseling kepada ibu bapa/penjaga bagi memastikan kanak-kanak dalam jagaan meneruskan persekolahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu Zahid mempengerusi mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) kali pertama bagi tahun ini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga mengambil langkah memberi sokongan psikososial kepada kanak-kanak yang terlibat dengan situasi perceraian ibu bapa agar mereka meneruskan persekolahan dengan baik.

Selain itu, katanya, bantuan akan diberikan bagi m keluarga yang kesempitan kewangan yang menyebabkan murid perlu bekerja serta bantuan kewangan kepada murid mengikut keperluan dan lokaliti tempat tinggal.

“Saya melihat Majlis Sosial Negara ini penting. Isu sosial dapat dibincangkan secara aktif dan berkesan dengan kehadiran agensi Kerajaan, ahli akademik dan pihak NGO untuk membentangkan cadangan-cadangan yang bernas dalam menangani masalah sosial ke arah pembangunan sosial negara yang lebih sejahtera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan