32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

1,800 pengunjung dijangka meriahkan karnival Havoc Wangsa Maju

Mesti Baca

SERAMAI 1,800 pengunjung dijangka akan hadir memeriahkan karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024 yang akan berlangsung pada 24 Februari ini bertempat di Taman Tasik Danau Kota, Setapak.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berkata, karnival anjuran Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju dengan kerjasama Pertubuhan Latihan Teraju Nusa Malaysia (PLATINUM) itu akan memberi tumpuan kepada tiga acara utama iaitu Fun Walk, Pelancaran Kad Wangsa Maju Kita Punya dan penyampaian biasiswa kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih oleh Management and Sains University (MSU).

“Karnival ini akan memberi tumpuan kepada tiga acara utama iaitu FunWalk, pelancaran kad Wangsa Maju Kita Punya serta penyampaian biasiswa oleh Yayasan MSU.

“Program akan dimulakan di sebelah pagi dengan acara FunWalk Wangsa Maju Kita Punya yang bertemakan bandar rendah karbon.

“10 peserta pertama Fun Walk 2.85 kilometer yang tampil dengan ciri menyerlah dengan tema berpeluang memenangi hadiah wang tunai,” katanya pada sidang media karnival berkenaan, semalam.

Zahir berkata, acara ini adalah salah satu kempen untuk mengetengahkan Wangsa Maju sebagai bandar perintis rendah karbon yang perlu direalisasikan dan dilestarikan bersama.

Sebagai memeriahkan acara, peserta digalakkan untuk berpenampilan berdasarkan tema mengikut kreativiti masing-masing.

“Khusus untuk anak jati Wangsa Maju, pemastautin tetap mahupun yang bekerja di dalam kawasan parlimen Wangsa Maju yang menyertai FunWalk ini akan menjadi antara yang terawal memiliki Kad Wangsa Maju Kita Punya.

“Kad ini adalah tambahan kepada pelekat kenderaan Wangsa Maju Kita Punya yang sedia ada, dengan menyasarkan

Advertisements

warga Wangsa Maju yang tidak berkenderaan serta berusia 15 tahun ke atas.

“Dengan fungsi yang sama seperti pelekat kenderaan Wangsa Maju Kita Punya, pemilik kad layak untuk menebus ganjaran dalam program bulanan yang akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata, fungsi ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Management and Science University (MSU) adalah rakan strategik dalam menjayakan program ini di mana penyampaian Biasiswa Yayasan MSU menjadi salah satu agenda utama kita.

“Biasiswa ini akan diserahkan kepada calon-calon SPM 2023 untuk melanjutkan pelajaran ke MSU. Maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di MSU juga boleh didapati sepanjang karnival berlangsung,” katanya lagi.

Selain daripada tiga acara utama ini, pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang karnival turut disediakan antaranya saringan kesihatan percuma, Bazar SDG Back To School, sesi libat urus bersama Jabatan Kesihatan, KWSP dan PTPK serta kaunter-kaunter agensi seperti DBKL, pendaftaran PADU, PTPK, KWSP, Tabung Haji dan banyak lagi.

Salah satu acara yang dijangka akan menjadi tarikan adalah sesi Open Mic with Influencers yang akan menghimpunkan pempengaruh media sosial khususnya dalam kalangan anak muda.

Orang ramai khususnya warga Wangsa Maju dijemput hadir memeriahkan karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024.

Untuk pendaftaran FunWalk serta maklumat lanjut mengenai program ini layari laman media sosial rasmi Zahir Hassan di platform Facebook, Instagram, X dan TikTok. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM kekal

DEWAN Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan