29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

MFWS 2024 angkat industri modest fesyen ke peringkat global

Mesti Baca

MENAMPILKAN ramai usahawan wanita dari 60 negara, sidang Kemuncak Modest Fesyen & Usahawan Wanita (MFWS) 2024 berharap dapat mengangkat fesyen modest ke peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kreasi Mode International merangkap penganjur, Ayu May Fakih berkata, acara yang berlangsung selama dua hari itu berjaya menghimpunkan ramai usahawan wanita dari 60 negara yang berkongsi pengalaman masing-masing.

“Ini adalah penganjuran kali pertama dan kami memilih Malaysia kerana yakin modest fesyen sangat dekat dengan Malaysia apatah lagi budaya dan fesyen Malaysia tidak jauh beza dengan Indonesia.

“Pelbagai acara kami aturkan bagi mengumpulkan pengalaman setiap usahawan dari negara yang terbabit.

“Selain pertunjukkan fesyen, forum yang diadakan juga turut membawa beberapa pereka fesyen untuk berkongsi kisah mereka.

“Saya berharap penganjuran ini tidak hanya sekali tetapi dapat diteruskan lagi di negara lain pada masa akan datang,” katanya pada majlis pelancaran MFWS 2024, yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Advertisements

Ayu berkata, hasratnya mahu membawa semua jenama modest fesyen yang terbabit ke peringkat global.

“Saya mahu jenama usahawan wanita yang terbabit acara ini menembusi pasaran luar negara. Kita bersama-sama merealisasikan impian itu dengan penganjuran ini.

“Semoga jenama modest fesyen yang mungkin biasa-biasa sahaja akan dikenali di seluruh dunia,” katanya.

Turut menyertai sesi dialog pada forum berkenaan ialah penulis novel terkenal Asma Nadia; mantan Ketua Pengarah Operasi Air Asia Digital Irene Omar; Ketua Pengarah Operasi Mutyara Beauty Tya Ariffin dan ramai lagi ikon wanita yang berjaya dalam pelbagai industri.

Pengurus projek MFWS 2024, Norasiah Jamil berkata, terdapat lapan rakan kerjasama untuk sidang kemuncak itu, termasuk Persatuan Fesyen Indonesia, Modest Fashion Australia, Modest Fashion.

Selain, Manila, Majlis Fesyen dan Reka Bentuk Islam dari London, Persatuan Pejabat Keluarga di Asia dari Hong Kong, Scarf Media, hellobcr dan Dewan Fesyen Indonesia juga turut serta. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan