25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

HarsonBee, Neo tidak gentar bersaing dengan penyanyi sedia ada

Mesti Baca

MESKIPUN masih baru, dua penyanyi dari Sabah, HarsonBee dan Neo tidak gentar untuk bersaing dengan penyanyi baru yang semakin ramai sekarang ini.

Bagi mereka berdua, peluang yang diberikan oleh L.Y Baiduri dan bernaung di bawah L.Y Music Factory adalah peluang yang harus digunakan sebaiknya.

Menurut HarsonBee atau nama sebenar Harrison Bryan, 24, dia begitu meminati bidang nyanyian dan pernah menyertai Sabah Next Top Composer untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia.

“Saya sering menggunakan YouTube sebagai platform dalam berkongsi karya yang dihasilkan.

“Menjadi sebahagian daripada ahli keluarga L.Y Music Factory saya berharap kemunculan single Pemilik Hatiku diterima ramai.

“Lagu ini cukup dekat dihati saya dan pasti juga kepada peminat di luar sana terutamanya mereka yang sedang bercinta.

“Semoga lagu ini menjadi permulaan tahun 2024 untuk kerjaya seni saya,” katanya.

Sementara itu, penyanyi cilik Neo, 14 mempertaruhkan single Oh Ibu dengan versi yang lebih segar untuk generasi Z.

Advertisements

Dicipta sepenuhnya oleh komposer baharu iaitu Cinderella, lagu ini memang khas untuk Neo.

“Saya gembira apabila lagu ini dicipta khas untuk saya, susunan muzik dan rakaman lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan.

“Lagu ini boleh dikatakan istimewa untuk ibu saya juga kerana penulis turut mengambil masa untuk mengenali ibu saya.

“Pastinya ia juga saya hadiahkan istimewa buat peminat diluar sana terutama ibu-ibu dan berharap anda suka dengan konsep yang saya bawakan,” kata pemilik nama Mohammad Sharul Neo Morsidy ini.

Dalam pada itu Neo juga meluahkan tidak gentar atau terkesan dengan mana-mana warganet yang memberikan komen negatif terhadapnya di laman sosial.

Bagi Neo semua itu adalah asam garam bergelar anak seni yang harus diterima dan mengganggap ia sebagai pembakar semangat.

“Saya terima setiap komen yang dilemparkan sedikitpun tidak gusar. Apa yang penting keluarga, teman-teman dan orang yang rapat dengan saya sentiasa menyokong karier seni saya ia sudah cukup,” katanya.

HarsonBee dan Neo ditemui pada majlis pelancaran Perjanjian Kerjasama Strategik Universal Music Malaysia bersama L.Y Music Factory milik komposer L.Y atau Rozman Shafie di Universal Music, baru-baru ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan