24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia, Brazil sepakat tingkat hubungan dua hala – Anwar

Mesti Baca

MALAYSIA dan Brazil menyatakan kesepakatan bagi meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dibincangkan secara bersama antara Perdana Menteri dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menerusi perbualan telefon semalam.

Anwar berkata, kedua-dua pemimpin tersebut sepakat untuk meningkatkan hubungan dalam bidang pengurusan hutan, sektor temaha hijau, perubahan iklim, industri halal, sains dan inovasi.

“Saya turut mengambil peluang ini dengan mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin,” katanya menerusi Facebook beliau.

Anwar berkata, menerusi perbualan telefon tersebut, mereka turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat bagi mempromosi dan melindungi kepentingan negara-negara membangun, khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran.

Advertisements

“Saya juga menerima undangan Presiden Lula bagi mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada November nanti. Semoga hubungan Malaysia dan Brazil akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya.

Lula da Silva mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil yang baharu setelah memenangi pilihan raya negara itu awal bulan lalu.

Ini merupakan kali ketiga beliau memegang jawatan tersebut.

Ahli politik veteran sayap kiri itu pernah mengetuai Brazil selama dua penggal antara 2003 dan 2010.

Dalam ucapan pertamanya, Lula berikrar untuk membina semula sebuah negara ini selepas “runtuhan yang dahsyat”. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan