31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

‘Cheongsam Merah Darah’ taruhan terbaharu pengarah muda

Mesti Baca

SEBELUM ini sering kali kita dihidangkan dengan filem-filem seram Melayu dari seberang dan Thailand di layar lebar.

Kali ini, VL Film Productions mempertaruhkan filem seram Cina yang sudah pun menemui penonton di seluruh pawagam sejak 21 Mac lalu.

Filem seram Cheongsam Merah Darah turut mendapat kerjasama daripada syarikat produksi Laku Pictures yang menampilkan Andy Ko, anak kepada legenda muzik Taiwan, Frankie Kao, sebagai watak utama.

Watak pelakon wanita diperankan oleh Miko Wong, seorang sensasi internet yang terkenal dan baru-baru ini mendapat kemasyhuran di Hong Kong.

Filem ini juga menampilkan pelakon muda Yuan Teng dan Lovell Tan, serta personaliti internet yang terkenal, YBB Yang Bao Bei, dan pelakon yang memenangi anugerah, Remon Lim.

Selain daripada jalan cerita yang misteri dan menarik, ciri utama filem ini terletak pada adegan-adegan seram, darah dan keganasan yang sukar untuk dibayangkan.

Filem ini mengetengahkan bakat pengarah muda iaitu VV Wee, yang turut digelar “pengarah yang bengkok” dalam industri.

VV berkata, dari awal perancangan menghasilkan filem ini, dia mahukan kelainan terhadap jalan cerita seram yang bakal dipaparkan.

“Saya inginkan sebuah kisah seram yang berdarah dan kejam, mungkin itu kepakaran saya seperti gelaran ‘perkara yang bengkok’ yang diberikan,” katanya.

Seorang graduan sekolah filem Jepun, VV dulunya adalah pengarah kreatif syarikat selebriti internet Red People dan begitu memahami kemahiran lakonan dan ciri-ciri ramai selebriti internet tempatan.

Advertisements

Ketika pemilihan pelakon, dia tidak ragu untuk mengambil pelakon bukan profesional dari dunia selebriti internet.

Bagi Miko Wong dan Yang Bao Bei, kerjasama terdahulu mereka dengan VV memberi sedikit pengalaman untuk mereka memahami kehendak pengarah terhadap watak masing-masing dalam cerita ini.

“Pengarah telah memberi amaran kepada kami untuk tidak mengharapkan sebuah penggambaran yang mudah. Katanya, kami perlu bersedia secara psikologi.

“Dia juga sempat mengusik kami dengan mengatakan penggambaran yang kami lalui ini pastinya akan sukar.

“Walaupun sedikit gugup, kami bersedia menerima cabaran itu,” kata Miko dan Yang.

Pernah bersekolah di Kuala Lumpur 10 tahun lalu, Andy Ko, mengakui pada awal sedikit bimbang ketika menerima tawaran menjayakan filem ini.

“Saya memainkan watak yang tidak baik dan terbabit dalam adegan katil yang intim dengan lebih daripada satu perempuan.

“Saya perlu menggambarkan kedua-dua versi watak yang dijayakan sebagai Jimmy dan Kodii disamping mengendalikan pelbagai emosi ekstrem ketika adegan seram.

“Rasa tekanan yang besar, membuatkan saya sukar untuk tidur dan berehat dengan baik selepas setiap hari penggambaran,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan