32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bank Rakyat peruntuk RM2.3 juta untuk Jangkauan Komuniti

Mesti Baca

BANK Rakyat memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta bagi inisiatif Jangkauan Komuniti dan program pemasaran bersempena kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata, inisiatif tersebut bagi menghargai sokongan pelanggan dan masyarakat terhadap produk dan perkhidmatan Bank Rakyat selama ini.

“Sesungguhnya, rasa tanggungjawab Bank Rakyat terhadap golongan asnaf tidak pernah berbelah bahagi, malah menjadi agenda utama dalam misi bantuan yang diusahakan bagi membantu meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“Semoga inisiatif ini secara tidak langsung memberi kesedaran agar kita sentiasa mengambilberat tentang keresahan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam lain, seterusnya membentuk kesejahteraan ummah apabila yang susah dibantu, yang lemah terus disantuni,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Jangkauan Komuniti Bank Rakyat di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor petang semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh.

Pada majlis itu Bank Rakyat menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada 150 keluarga asnaf yang dikenal pasti di sekitar Sungai Buloh.

Advertisements
R. Ramanan menyampaikan sumbangan kepada asnaf sempena Program Jangkauan Komuniti Bank Rakyat di Sungai Buloh.

Mohammad Hanis berkata, Bank Rakyat juga baru-baru ini telah membuat serahan bantuan kelengkapan sekolah berjumlah RM30,000 kepada 300 murid kurang berkemampuan yang dikenal pasti di 10 sekolah di sekitar Sungai Buloh.

Beliau berkata, ini bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak.

Sementara itu Ramanan berkata, sumbangan organisasi korporat merupakan satu inisiatif yang amat penting kerana ia mampu memberi impak kepada seluruh masyarakat dan negara dari segi kemakmuran sejagat.

“Saya memuji komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mendekati masyarakat setempat menerusi inisiatif sebegini bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda ihsannya terhadap kesejahteraan golongan asnaf ini yang mana dilihat sejajar dengan nilai Malaysia Madani.”

“Sudah tentu menjadi lebih bermakna buat mereka kerana dapat meringankan beban kewangan mereka dalam menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri kelak,” kata beliau.

Pada majlis ini, beliau turut memberi sumbangan wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000 kepada 300 murid yang membuka Akaun Simpanan-i Nuri Bank Rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan