Tuesday, July 21, 2026

Pegawai kanan polis ditahan SPRM lindungi kegiatan haram

Mesti Baca

SEORANG pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara.

Menurut sumber, pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata pemeriksaan SPRM ke atas beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini,” menurut sumber berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan penangkapan berkenaan. – BERNAMA

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan