32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

DBKL terus usaha banteras kebanjiran warga asing berniaga

Mesti Baca

BULAN Ramadan ke tak Ramadan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas membanteras kebanjiran warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar ibu negara.

Terbaharu, Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak telah mengambil tindakan menyita penjaja bukan warganegara yang menjalankan perniagaan martabak di Jalan Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Jumaat lalu.

DBKL menerusi Facebooknya berkata, antara barangan yang disita adalah sebuah tong gas, sebuah meja lipat, satu unit khemah berukuran lapan kaki dan satu kuali bulat.

“Kesemua barang sitaan telah dihantar di Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur,” kata DBKL.

Advertisements

Isnin lalu, DBKL membuat 11 sitaan peralatan dan barangan perniagaan yang dikendalikan warga asing berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Barangan dan peralatan yang disita seperti makanan, sayur campur, buah-buahan, mesin tebu, payung dan lain-lain dihantar ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan