26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UMNO perlu cari punca rakyat Terengganu ‘merajuk’ – Rozi

Mesti Baca

UMNO Terengganu perlu mencari punca kenapa rakyat di negeri itu merajuk sehingga parti tersebut tidak menerima sokongan dalam pilihan raya lalu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, ini terbukti apabila dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 25 peratus daripada keseluruhan undi.

Bagaimanapun, beliau berkata, peratusan tersebut terus menurun kepada 24 peratus pada PRU15 dengan hampir 12,000 ahli UMNO sendiri tidak memberi undi kepada parti itu.

“Saya tidak sebut rakyat Terengganu menolak UMNO, rakyat negeri Terengganu merajuk dengan UMNO pada PRU15. Sebab apa merajuk itu kena cari puncanya.

“UMNO perlu kaji lebih mendalam supaya kita boleh bangkit dan membina, memberi kepercayaan balik kepada rakyat seluruh negeri Terengganu,” katanya.

Rozi Mamat berucap pada majlis Perjumpaan Bersama UMNO Bahagian Kemaman di Chukai, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersama UMNO Bahagian Kemaman di Chukai, malam tadi.

Antara yang turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku dan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said serta barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman.

Dalam PRU15 dan Pilihan Raya Negeri, gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan gagal memenangi sebarang kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan baik di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Advertisements

Malahan gabungan parti itu juga tewas dalam dua pilihan raya kecil yang diadakan iaitu di Kuala Terengganu dan Kemaman.

Rozi berkata, beliau telah menggariskan lima prinsip yang seharusnya menjadi amalan UMNO Terengganu hari ini sekiranya mahu kembali mentadbir negeri tersebut.

Beliau berkata, prinsip 5G tersebut juga boleh membawa UMNO mengikuti arus perkembangan serta peredaran masa dalam kemodenan yang pesat pada hari ini dan akan datang.

Katanya, prinsip tersebut sebagai permulaan bagi UMNO Terengganu untuk menggerakkan melangkah dengan lebih baik serta teratur.

Jelas beliau, prinsip 5G yang ditekankan itu meliputi kebersamaan (gather), penjanaan (generate), kebijaksanaan (genius), melatih (groom) dan pengembangan (grow).

“Asas itulah yang memerlukan kepada semua kepimpinan dan ahli UMNO untuk terus TAAT dalam setiap tindakan yang diambil secara Teguh, Adil, Amanah dan Taqwa.

“Ia akan menghasilkan satu perkara yang terbaik untuk parti keramat UMNO,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan