Sunday, July 19, 2026

Tidak perlu dasar khusus jayakan agenda pendidikan Bumiputera

Selagi UMNO mempunyai kuasai, parti itu akan melaksanakan segala agenda demi kepentingan orang Melayu termasuk dalam bidang pendidikan.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

UMNO tidak memerlukan agenda khusus untuk menjayakan agenda pendidikan Bumiputera, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Apa yang lebih penting menurutnya, selagi UMNO mempunyai kuasai, parti itu akan melaksanakan segala agenda demi kepentingan orang Melayu termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, UMNO tidak bermain dengan sejarah semata-mata namun hasil perjuangan parti itu telah melahirkan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan Matrikulasi. 

“Sebab itu UMNO menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera yang bertujuan menilai dasar dan kejayaan sedia ada dan seterusnya mengemukakan tawaran baharu untuk masa depan pendidikan Bumiputera.

“Itu termasuk mengarusperdanakan pendidikan tahfiz, menubuhkan Majlis Pendidikan Tahfiz, menubuhkan Suruhanjaya TVET, memperkasa STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan Wakaf Pendidikan Melayu. Semua itu berkaitan dengan agenda Pendidikan Bumiputera,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari yang mendesak UMNO menyatakan pendirian berhubung Dasar Pendidikan Bumiputera sepertimana dibangkitkan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Nor Azlan Ghazali baru-baru ini.

Nor Azlan dalam Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 anjuran UMNO Jumaat lalu membangkitkan cadangan mewujudkan Dasar Pendidikan Bumiputera namun ia ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan tiada keperluan.

Jawapan Anwar itu dibuat semasa menghadiri Expo MARA 60 Tahun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, yang turut  berlangsung Expo FELCRA dan FELDA yang kesemuanya adalah hasil perjuangan UMNO.

Mohd Puad berkata, pandangan Nor Azlan yang juta bekas Naib Canselor UKM itu memerlukan hujah akademik dan bukannya jawapan politik dan retorik sepertimana kenyataan Fadhli. 

Beliau berkata, kejadiran ramai tokoh ilmuan dan profesional membentang kertas kerja pada kongres terseburlt membuktikan mereka ada keyakinan terhadap kesungguhan politik, keberanian politik dan kejujuran politik UMNO untuk merialisasikan agenda pendidikan Bumiputera. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan