27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Vape alternatif berhenti merokok? Lupakan!

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

REMAJA pada masa kini semakin ramai menggunakan rokok elektronik yang digelar sebagai vape tanpa menyedari ia membawa kesan kesihatan yang serius kepada mereka.

Sesetengah masyarakat melihat vape sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding merokok dan menganggap vape adalah salah satu kaedah untuk berhenti merokok.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan terdapat risiko besar yang berkaitan dengan penggunaan vape terutama segi bahan kimia yang terkandung di dalamnya terutama nikotin.

Mereka yang menghisap vape dan terdedah kepada nikotin berisiko mengalami masalah jantung, gangguan neurologi dan masalah paru-paru.

Apa yang lebih membimbangkan ialah remaja yang menggunakan vape berisiko mengalami gangguan perkembangan otak mereka yang masih berada dalam fasa pertumbuhan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan sebelum ini, membuktikan bahawa nikotin menggalakkan pembekuan darah yang disebabkan oleh jumlah nikotin yang terdapat dalam rokok elektroknik tersebut.

Perlu diketahui bahawa jika 60 miligram (mg) nikotin yang diserap ke dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok yang mana jumlah ini bersamaan dengan 30 batang rokok konvensional.

Selain nikotin, bahan lain yang terdapat dalam vape yang membahayakan termasuk diacetyl dan sebatian organik olatil yang memberi ancaman tambahan.

Seperti juga rokok, penggunaan vape boleh memberi masalah kepada sistem pernafasan dan paru-paru. – Gambar hiasan

Bahan-bahan ini boleh menyebabkan masalah pada sistem pernafasan dan
mengakibatkan keadaan pernafasan yang teruk termasuk radang paru-paru lipid dan bronkitis kronik.

Advertisements

Berdasarkan kajian oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menyatakan terdapat sejenis penyakit baharu dinamakan EVALI (E-cigarette or Vaping Product Use Associated Lung Injury), iaitu penyakit paru-paru akibat daripada penggunaan vape.

Amalan vape telah menjadi semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Peningkatan dalam laporan penyakit paru-paru yang dikaitkan dengan vape bertepatan dengan peningkatan ini. Hal ini boleh menimbulkan masalah kesihatan masyarakat yang baharu.

Masyarakat secara keseluruhan mempunyai kewajipan untuk memahami dan menyebarkan bahawa vape tidaklah lebih selamat berbanding rokok konvensional berdasarkan penyelidikan EVALI tadi.

Oleh itu, penting untuk diingatkan bahawa vape bukanlah alternatif tanpa risiko.

Kesedaran mengenai risikonya amat penting diketahui dan menyedarkan pengguna, terutamanya di kalangan remaja tentang konsekuensi yang mungkin mereka hadapi dalam penggunaan vape.

Pada 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat pembentangan mengenai rokok elektronik ini dalam Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Dalam muzakarah tersebut, mesyuarat telah memutuskan bahawa pengunaan vape atau rokok elektronik adalah haram kerana dapat memudaratkan kesihatan penggunanya.

Justeru, pihak berkuasa perlulah mengambil tindakan dan mencari inisiatif dalam hal ini agar dapat menteraskan penggunaan rokok elektronik ini daripada lebih berleluasa.

Langkah proaktif dalam menyokong program berhenti merokok, termasuk vape, juga penting bagi menangani isu ini secara menyeluruh.

Dengan menyebarkan kesedaran dan menyediakan sokongan untuk berhenti merokok, kita boleh membantu individu untuk membuat pilihan kesihatan yang lebih baik dan mengurangkan risiko kepada kesihatan mereka. – ISYRAF AMSYAR MOHAMAD ZAMRI (USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan