32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kapal pengangkut ditahan bersauh tanpa kebenaran

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kedah menahan sebuah vesel kapal pengangkut kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 15 batu nautika barat Kuala Muda, Kedah pada pukul 5.45 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, kapal yang berdaftar atas nama MV Stellar Enguri dari Liberia itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia hasil pengesanan melalui Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Langkawi, Kedah.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 491 B (1) (I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Advertisements

“Jika disabitkan kesalahan, kapal terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azreyanti berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Katanya, pihak Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelaburan RM10.5 bilion bukti Microsoft yakin ekonomi negara

PELABURAN sebanyak RM10.5 bilion oleh syarikat gergasi Microsoft membuktikan keyakinan para pelabur asing terhadap asas ekonomi negara yang kukuh,...

Lagi Artikel Berkaitan