31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Singapura cadang perkenal hukuman penjara tanpa had masa

Mesti Baca

PILIHAN hukuman baharu lebih tegas diusulkan oleh Singapura yang menyasarkan pesalah berisiko tinggi yang melakukan kesalahan serius seperti merogol atau membunuh.

Di bawah peruntukan hukuman untuk perlindungan awam yang dipertingkatkan itu, pesalah perlu menjalani hukuman penjara untuk tempoh minimum selama lima hingga 20 tahun.

Pesalah hanya akan dibebaskan jika Menteri Ehwal Dalam Negeri mendapati mereka tidak lagi menimbulkan ancaman terhadap orang awam.

Jika didapati tidak sesuai untuk dibebaskan, pesalah berkenaan boleh ditahan dalam penjara seumur hidup.

Ketika ini, pesalah perlu dibebaskan secara automatik selepas tahap tertentu tidak mengira bentuk ancaman yang diberikan kepada orang lain.

Ia kali terakhir dipinda pada 2018 untuk memperkenalkan rakaman video temu bual dengan suspek yang disyaki melakukan kesalahan seperti merogol.

Advertisements

Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang, K Shanmugam, menyifatkan pindaan yang diusulkan baru-baru ini sebagai ‘sangat penting’ ketika sidang media yang diadakan pada Isnin lalu.

Kedua-dua kementerian menyatakan dalam kenyataan media itu bahawa pilihan hukuman Singapura buat masa ini ‘tidak mencukupi’ untuk menangani ‘kesalahan yang begitu berat’.

“Kami ingin pastikan bahawa pesalah berisiko tinggi dan berbahaya sedemikian tidak dibebaskan ke pangkuan masyarakat sehingga mereka tidak lagi menimbulkan ancaman kepada keselamatan orang awam,” menurut kedua-dua agensi itu.

Jika Rang Undang-Undang berkenaan diluluskan, pihak mahkamah boleh mengenakan Hukuman bagi Perlindungan Awam Dipertingkat (SEPP) kepada pesalah yang terbabit.

Shanmugam pertama kali mendedahkan pendekatan itu pada 2022 menyusuli satu rundingan awam. – Agensi

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan