23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Malaysia mula bekal tenaga boleh baharu ke Singapura

Mesti Baca

MALAYSIA memulakan perdagangan tenaga boleh baharu (TBB) ke Singapura di bawah fasa pertama membabitkan kapasiti 50 Megawatt (MW) bulan ini.

Kementerian Peralihqn Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam satu kenyataan berkata, untuk itu satu perjanjian pembekalan tenaga baharu (RESA) ditandatangani antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sembcorp Power Pte Ltd (Sembcorp Power).

PETRA berkata, pembekalan elektrik hijau merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura yang julung kali diadakan ini adalah hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada bulan Jun 2024.

“ENEGEM ini membolehkan perolehan dan pembekalan elektrik hijau daripada sistem bekalan elektrik Malaysia ke Singapura dilakukan secara bidaan kompetitif,” kata kenyataan itu hari ini.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan dan Ali Munawar Haji Salim mewakili TNB manakala Sembcorp Power diwakili Vickrem Vijayan dan Rachel Yee.

Advertisements

Majlis turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Sektor Tenaga PETRA, Mohamad Razif Abd Mubin; Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid dan Pengarah MTI Singapura, Andre Oei serta Ketua Eksekutid Sembcorp, Koh Chiap Khiong.

Di bawah perjanjian itu, TNB sebagai syarikat utiliti nasional akan membekalkan elektrik tersebut ke Singapura menerusi Syarikat Sembcorp Power dengan menggunakan rangkaian sambung tara sedia ada di antara kedua-dua negara.

Kata PETRA, bidaan menerusi ENEGEM adalah sebahagian daripada inisiatif PETRA di bawah Skim Perdagangan Elektrik Merentas Sempadan untuk Tenaga Boleh Baharu (CBES RE) yang akan dilaksanakan secara berfasa dengan jumlah kapasiti sehingga 300MW dengan menggunakan rangkaian sambung tara sedia ada antara Malaysia dan Singapura.

“Pelaksanaan CBES RE ini adalah selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara serta komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau melalui pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN yang merupakan salah satu agenda utama negara untuk kepengerusian ASEAN – Malaysia pada tahun 2025,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan