27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM Belanda adakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Belanda, Mark Rutte tiba di Malaysia bagi memulakan lawatan kerja ke negara ini selama dua hari mulai hari ini.

Pesawat khas membawa Rutte selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 3.25 petang tadi untuk memulakan lawatan kerjanya di Malaysia.

Ketibaan Rutte bersama delegasinya disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi kenyataan berkata, semasa lawatan itu, Rutte dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 November.

“Kedua-dua pemimpin dijangkakan menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pertukaran budaya, minyak sawit, pertanian dan komoditi pertanian.

“Ini termasuk menangani isu Islamofobia serta meneroka bidang kerjasama baharu yang berpotensi.

“Semasa rundingan itu, kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Rutte turut akan diraikan dalam satu jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Rutte akan diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Asing, pegawai kanan kerajaan dan delegasi perniagaan.

Menurut Kementerian Luar, Rutte turut dijadual bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof dan terlibat dalam acara menanam pokok sawit sebagai simbolik kepada kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam sektor minyak sawit.

“Rutte juga akan menyampaikan ucaptama dan menyertai sesi dialog bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), Nik Nazmi Nik Ahmad pada Dialog Air Malaysia-Belanda kali keenam.

“Dialog Air itu acara tahunan anjuran bersama KeTSA dan Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur yang berperanan sebagai platform untuk pakar menangani pelbagai isu berkaitan air,”menurut kenyataan itu.

Belanda merupakan rakan dagangan ke-14 terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada 2022, dengan jumlah dagangan bernilai RM48.04 bilion (US$10.93 bilion) – meningkat 33.4 peratus berbanding RM36 .01 bilion (US$8.68 bilion) pada 2021.

Belanda juga pengimport minyak sawit terbesar dalam kalangan negara EU pada 2022 iaitu sebanyak 732,324.54 tan.

“Diharap Belanda akan terus meningkatkan import minyak sawit dari Malaysia dan menyokong usaha Malaysia dalam mempromosikan pengeluaran minyak sawit mampan serta menangani persepsi negatif terhadap minyak sawit.

“Kementerian Luar yakin lawatan itu akan memperkukuh lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara,”kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan