Thursday, July 23, 2026

Boikot APEC: Ketetapan Malaysia seiring negara Asia lain – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA sedang meneliti pendirian negara-negara anggota Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) termasuk China bagi mencapai kata sepakat berhubung tindakan memboikot sidang berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan daripada negara anggota perlu seiring dengan tindakan yang akan diambil kerajaan terhadap badan ekonomi terbesar tersebut.

Ini kerana kata Anwar, ia sebagai protes terhadap pendirian Amerika Syarikat (AS) berhubung kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Keduanya tentang APEC, kita sekarang teliti, APEC ini Badan Ekonomi Asia Pasifik.

“Jadi sekarang kita hubungi negara-negara ASEAN dan China tentang kedudukan mereka dan kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan-rakan dan juga Asia,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan dibangkitkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN-Machang) mengenai cadangan sama ada Malaysia akan memboikot sidang APEC yang akan diadakan di San Francisco, California.

APEC ditubuhkan pada 1989 merupakan satu forum ekonomi serantau bagi memanfaatkan kebergantungan yang saling meningkat di Asia Pasifik.

Selain itu, 21 anggota Ekonomi APEC menyumbang hampir 40 peratus daripada penduduk global atau hampir 50 peratus daripada perdagangan global serta lebih 60 peratus eksport barangan AS.

Negara anggota APEC adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan