29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

Mesti Baca

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung sebelum terhempas di Lumut, Perak semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudah orang ramai turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa.

“Segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pagi semalam, seramai 10 perajurit terkorban apabila Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan Fennec milik TLDM bertembung di udara sebelum terhempas di kawasan Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Advertisements

Mereka yang terkorban terdiri daripada empat wira dan tiga wirawati yang menaiki HOM jenis AW139 manakala tiga lagi menaiki Fennec, sedang mengadakan raptai lintas hormat Hari TLDM Ke-90.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Lembaga Siasatan (Board of Inquiry) yang ditubuhkan diarah untuk menyerahkan laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja dan laporan penuh dalam tempoh 30 hari bekerja.

Mesyuarat Jemaah Menteri juga merakamkan ucapan takziah kepada waris-waris pegawai dan anggota TLDM yang terlibat dalam tragedi tersebut.

“Kerajaan turut menzahirkan rasa simpati atas kehilangan sepuluh wira-wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan