Wednesday, July 22, 2026

Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Melaka

Empat orang kru udara berada dalam pesawat ketika kejadian berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. 

Mesti Baca

SEBUAH helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melakukan pendaratan cemas di air di perairan Pantai Klebang, Melaka malam tadi.

Menurut kenyataan TLDM, kejadian berlaku pada pukul 10.50 malam ketika pesawat berkenaan melakukan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Seramai empat orang kru udara berada dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka telah berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. 

“Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta sedang dipantau oleh pasukan perubatan,” kata kenyataan itu awal pagi ini.

Menurut TLDM, pihaknya telah mengambil tindakan serta merta dengan mengatur gerakan operasi salvaj pesawat tersebut. 

“Sebuah lembaga siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, TLDM memohon orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti dan kelancaran proses penyiasatan. — Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan