26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Shuib nekad teruskan saman fitnah John Dihani

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib nekad untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkannya dan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin dengan pertubuhan Freemason.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, 39, berkata, keputusan itu diambil susulan tindakan pemilik akaun media sosial, John Dihani itu menarik semula permohonan maaf yang dimuat naik di Instagram Story.

“Pada 4 Julai lalau, dia buat permohonan maaf di Instagram Story tetapi pada 10 Julai pihak peguam saya dapat surat daripada peguam dia yang menyatakan individu itu tidak bersetuju dan menafikan segala apa yang dia keluarkan.

“Benda itu dah saya rasa berbelit-belit. Mula-mula dia minta maaf lepas tu bila kita hantar surat dia menafikan,” katanya menerusi sidang media hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, pemilik akaun media sosial yang dikenali sebagai John Dihani telah mendakwa kematian isteri Shuib mempunyai kaitan dengan agenda vaksin Covid-19.

Advertisements

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan membuat tuduhan Siti Sarah dipaksa ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin, namun akhirnya meninggal dunia.

Surat saman tersebut telah dihantar kepada peguamcara John Dihani menerusi Tetuan Zharif Nizamuddin, semalam.

Mengulas lanjut, Shuib berkata, tindakan yang diambilnya itu boleh dijadikan pengajaran oleh pelbagai pihak khususnya selebriti dalam menggunakan media sosial.

“Kenapa saya meneruskan saman ini? Bukan untuk saya sahaja secara individu tetapi untuk yang lain-lain kat luar juga. Saya rasa penggunaan media sosial sekarang ini kadang-kadang terlalu melampau. 

“Harap dengan apa yang saya sedang buat mana-mana pihak lain yang sebelum ini merasakan berkata-kata ataupun menulis di media sosial sangat terbuka, mungkin anda kena ambil perhatian selepas ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan