32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

McDonald’s saman gerakan galak boikot produk kaitkan Israel

Mesti Baca

GERAKAN yang mempromosikan kempen memboikot perkara atau produk yang dikaitkan dengan Israel memaklumkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadap mereka.

BDS Malaysia berkata, pihaknya baru-baru ini menerima writ saman mendakwa gerakan itu memfitnah francais makanan segera berkenaan.

“Mereka mendakwa perniagaan terjejas sejak kebelakangan ini dan menyalahkan kami. Kami menafikan secara mutlak. Oleh itu keputusan kami ialah biar mahkamah putuskan perkara ini,” kata BDS Malaysia di platform X.

Gerakan itu berkata, mereka telah mendapatkan khidmat sebuah firma guaman dan akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci selepas menerima nasihat peguam.

BDS Malaysia, entiti bebas terdiri daripada badan bukan kerajaan, kumpulan, dan individu yang mempromosikan kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan terhadap Palestin menerusi boikot, lupus dan sekat.

Sejak Israel melancarkan pembantaian di Semenanjung Gaza, rakyat Malaysia menyeru pemboikotan beberapa francais yang didakwa menyokong gerakan zionis itu.

Sementara itu, McDonald’s Malaysia mengesahkan mereka memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia untuk melindungi hak dan kepentingannya.

Advertisements

McDonald’s Malaysia menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.

“Walaupun kami memahami dan menghormati tindakan boikot adalah keputusan individu, kami percaya ia harus berdasarkan fakta yang benar dan bukan dakwaan palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan tindakan McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada rejim Zionis adalah tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia yang dimiliko oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd dilaporkan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perbincangan yang berlaku di media sosial berkaitan McDonald’s Israel.

Katanya, keputusan sebelah pihak yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.

“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh tindakan individu yang dimaksudkan dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan