26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rondaan cegah samseng jalanan, 20 saman dikeluarkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 20 saman telah dikeluarkan polis atas ke atas motosikal dalam rondaan cegah samseng jalanan yang dijalankan di sekitar Bandar Batu Pahat, bermula jam 1 hingga 4 pagi tadi.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat berkata, lokasi operasi merupakan kawasan yang kerap menjadi tumpuan mat rempit melepak dan membuat bising pada hujung minggu hingga mengganggu ketenteraman awam.

“Dalam rondaan itu, sebanyak 16 motosikal telah diperiksa secara rambang dan tiga buah motosikal telah disita dibawah seksyen 64(1) APJ 1987 (Pindaan 2020) atas kesalahan ubah suai ekzos dan tiada lesen memandu,” kata BSPTD Batu Pahat menerusi Facebooknya.

Advertisements

Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal agar mengikut peraturan dan tidak mengubah suai motsikal terutama ekzos yang mana kesalahan tersebut boleh menyebabkan motosikal disita.

“Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan untuk memantau pergerakan anak-anak mengelakkan mereka terjebak dengan kegiatan tidak sihat ini,” menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan