26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Enam kereta rosak dihempap pokok tumbang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian yang berlaku di Jalan Nuri 7/3, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya susulan angin kuat dan hujan lebat, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.10 pagi.

Beliau berkata, sebaik menerima maklumat tersebut, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Advertisements

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati sebatang pokok tumbang telah menghempap enam kereta yang diparkir di kawasan letak kereta bersebelahan sebuah bangunan flat di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anam kereta yang mengalami kerosakan masing-masing sebuah Perodua Myvi, Perodua Alza, Proton Saga, Proton Waja dan Proton Iriz.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak membabitkan mangsa dan pihak bomba menjalankan operasi memotong dan membersihkan pokok-pokok yang tumbang sehingga selesai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan