34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Penderitaan Ibnor Riza dapat perhatian menteri agama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDERITAAAN penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, yang menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau telah menzirahi penyanyi tersebut dan bertemu mata untuk bertanya khabar tentang kesihatannya.

“Beliau telah diuji dengan sakit kanser. Seniman Ibnor Riza Ibrahim, lagu-lagu beliau sentiasa menjadi halwa telinga kita semua. Lagu-lagu seperti Mimpi Yang Tak Sudah, Berdiri Seorang Perindu amat mendapat tempat di hati pendengar.

“Saya juga mendengar lagu-lagunya yang amat puitis,” katanya dalam hantaran tersebut.

Advertisements

Sehubungan itu, Mohd Na’im berkata, beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Zabidi Nasan telah menyampaikan sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP sebanyak RM5,000 untuk meringankan beban beliau.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi itu diramal hanya mempunyai enam bulan untuk hidup selepas disahkan menghidap kanser pada Februari lalu.

Difahamkan, Ibnor memerlukan kira-kira RM30,000 untuk dua sesi kemoterapi di sebuah hospital swasta.

Sekiranya tidak berjaya, bapa kepada dua cahaya mata itu perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi dengan anggaran kos sebanyak RM200,000. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan