25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

PM hulur sumbangan kepada bekas jaguh skuasy, Kenneth Low

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada jaguh skuasy negara Kenneth Low yang dipercayai mengalami multiple sclerosis, penyakit kronik berkaitan dengan saraf.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Kenneth di kediamannya di Wangsa Maju, di sini hari ini.

“Mendapat perkhabaran bahawa lagenda skuasy negara, Kenneth Low menghidap penyakit multiple sclerosis, penyakit kronik berkaitan dengan saraf.

“Lantaran itu, hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi beliau di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Turut bersama saudara Farhan adalah Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden Mutliracial Revert Muslims, Firdaus Wong.

“Saudara Farhan turut sampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada Kenneth Low,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berharap beliau diberi kekuatan dan kesembuhan.

“Semoga beliau diberikan kekuatan dan kesembuhan dengan segera,”katanya.

Ini merupakan sumbangan buat atlet sukan yang mengalami masalah kesihatan.

Awal bulan ini, Anwar turut membantu menghulurkan sumbangan kepada waris seniman negara, Tan Sri P Ramlee iaitu Sazali bagi merawat masalah kesihatan yang dihidapi isterinya. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan