32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kerajaan setuju gubal Akta Kebebasan Maklumat – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju untuk mengubal Akta Kebebasan Maklumat dengan mewujudkan parameter serta garis panduan jelas bagi memberi akses kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat daripada badan awam dan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) yang sebelum ini dikenali sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang bersidang hari ini.

“Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) di Parlimen, yang sebelum ini dikenali sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR).

“Ia antara lain membincangkan komitmen negara untuk terus memperkasa tata kelola dalam sistem pentadbiran Kerajaan, nescaya tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kemampanan tata kelola, khususnya melalui dua anjakan utama iaitu tata kelola rangka kerja institusi dan perundangan berkaitan rasuah.

Advertisements

“Antara perkara penting yang diputuskan atau secara prinsip dipersetujui secara bersama adalah penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dengan mewujudkan parameter serta garis panduan jelas bagi memberi akses kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat daripada badan awam dan Kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, mesyuarat itu juga mengambil maklum tentang 18 resolusi hasil daripada dua sesi Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan 2023 yang mengemukakan syor-syor penambahbaikan daripada sudut perundangan dan dasar berkaitan tata kelola, integriti serta antirasuah.

Ujar beliau, kerajaan akan terus melaksanakan usaha-usaha pemerkasaan tata kelola baik bagi menyokong pembangunan negara selaras hasrat untuk membangunkan Malaysia Madani. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan