30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Malaysia guna setiap ruang bangkit penindasan di Palestin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA tidak mempunyai pilihan selain menggunakan setiap ruang yang ada untuk membangkitkan soal penindasan terhadap Palestin dalam dua persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh dan Persidangan Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat sebelum ini.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan persoalan mengapa negara Barat membantah tindakan oleh Rusia menakluki wilayah-wilayah di Ukraine namun tidak pula bersama membantah tindakan dilakukan oleh Israel terhadap Palestin, malah memilih untuk membisu. 

Sehubungan itu, katanya, memandangkan kerusinya dalam persidangan APEC berada tepat di hadapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, beliau menyatakan pendirian bahawa serangan ke atas Palestin perlu dihenti segera dan tidak boleh ditangguh.

Advertisements

“Saya tiada pilihan dan suarakan dengan tegas bahawa ada permasalahan, tatkala kita diminta untuk mengutuk Rusia soal Ukraine tetapi membisu apabila pembunuhan kejam dan keganasan (terhadap Palestin).

Dan saya sebut perkataan yang agak penting, jangan lagi orang barat menganggap hegemoni kolonial menentukan dasar dan bentuk tindakan kita. Maka saya menyatakan mereka tidak boleh memaksa untuk menentukan pendirian kita. Di situ saya nyatakan kita mesti sekurang-kurangnya menghentikan serangan sekarang, ‘end stop now’,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan