27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Enam pensyarah UniMAP diiktiraf antara saintis terbaik dunia

Mesti Baca

ENAM pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disenaraikan antara dua peratus saintis terbaik dunia oleh Universiti Stanford dari Amerika Syarikat (AS).

Mereka ialah Prof Dr Subash Chandra Bose Gopinath, Prof Teknologis Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof Teknologis Dr Uda Hashim, Prof Madya Ir Teknologis Dr Azwan Iskandar Azmi, Prof Madya Dr Liew Yun Ming dan Prof Madya Dr Voon Chun Hong.

Canselor UniMAP yang juga Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu kenyataan hari ini, bertitah dua peratus saintis terbaik dunia atau World’s Top 2 Percent Scientists adalah pengiktirafan kepada mereka yang berjaya menghasilkan banyak sitasi dalam pelbagai disiplin.

Dalam titah perutusan yang dipaparkan pada skrin gergasi sempena sidang keenam Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP di Arau semalam, baginda memaklumkan, ia juga pengiktirafan di bawah senarai Career-long & Single Year Citation Impact.

Advertisements

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pengiktirafan itu membuktikan kecemerlangan UniMAP dalam penyelidikan saintifik yang bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti, tetapi juga negara.

“Pencapaian pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi setanding dengan universiti terbaik di dunia,” titah baginda.

Untuk rekod, Universiti Stanford ialah sebuah universiti penyelidikan swasta berpangkalan di Stanford, California di AS, dikenali dengan kekuatan akademiknya dan kedudukan sebagai salah satu universiti terkemuka dunia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan