27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM suntik semangat pemimpin dunia tangani konflik di Gaza

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UCAPAN Perdana Menteri pada Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini membangkitkan semangat pemimpin dunia bagi bersama-sama menangani konflik di Gaza.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengangkat isu prinsip dan nilai keadilan sejagat yang mesti dijunjung pemimpin dunia.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh ucapan Perdana Menteri yang tegas menyentuh isu rakyat Palestin.

“Sesungguhnya ucapan tersebut telah menzahirkan kepada dunia akan pendirian kukuh Malaysia yang konsisten bersolidariti bersama rakyat Palestin.

“Saya yakin ucapan Perdana Menteri akan menyuntik keinsafan, keikhlasan dan keberanian para pemimpin dunia dalam mencari penelesaian terbaik dan menghentikan segera kezaliman yang sedang berlaku di Gaza,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohd. Na’im berkata, penegasan yang diberikan Perdana Menteri amat ditunggu-tunggu memandangkan masyarakat dunia terutama umat Islam kini berada dalam kesedihan mengenangkan nasib rakyat Palestin.

Katanya, ini terutama bayi, kanak-kanak dan wanita yang telah terkorban menjadi mangsa peperangan kejam oleh zionis Israel.

“Seluruh masyarakat diseru menghayati semangat ucapan Perdana Menteri iaitu keamanan dunia adalah suatu yang amat didambakan oleh semua pihak.

“Oleh itu, ia hanya boleh dicapai apabila setiap warga dan pemimpin negara bersama-sama berganding bahu menegakkan prinsip keadilan dan kebenaran serta tidak hipokrit disebabkan kepentingan sempit,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan