27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, esok.

Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Datuk Dr Kalai Vanar berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO), pihaknya tidak memihak kepada mana-mana parti politik namun berharap pengundi bijak memilih pemimpin yang dirasakan layak mentadbir tempat mereka.

“Melihat Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir kawasan ini sebelum ini, tidak banyak kerja yang mereka lakukan dalam membantu mengatasi masalah rakyat terutamanya membabitkan infrastruktur dan kemudahan di kawasan ini.

“Dengan situasi yang berlaku, rasanya tidak salah jika kita beri peluang kepada pihak lain iaitu PH pula untuk mentadbir.

“Oleh itu, saya berharap pengundi yang akan keluar mengundi esok bijak memilih pemimpin yang selayaknya.

“Kita harap PH akan menang pada PRK kali ini. Saya juga yakin bangsa India di sini akan menyokong dan mengundi PH,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sesi lawatan melihat situasi kempen PRK di Hulu Selangor, hari ini.

PRK KKB yang akan berlangsung esok itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Sementara itu, mengulas pemilihan calon PH, Dr Kalai berkata, beliau percaya dengan kredibiliti yang dimiliki oleh Sock Tao.

“Setiap calon yang dipertandingkan saya yakin mempunyai kaliber dan berharap calon PH mampu menarik perhatian rakyat untuk menang.

“Rekod pengundi India di sini mngkin tidak ramai, tetapi saya yakin mereka akan mengundi PH,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan