28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

BN hilang 27,000 undi Melayu di Pulai, Simpang Jeram – Isham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa kehilangan undi itu mungkin disebabkan pengundi Melayu tidak keluar mengundi atau sudah mengundi Perikatan Nasional (PN).

Katanya, perkara itu dibuat berdasarkan kira-kira jumlah pengundi Melayu pada dua PRK tersebut.

“Pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada Suhaizan Kayat dan PH-BN kerana telah menang di PRK Pulai semalam.

“Saya ada membuat congak-congak ringkas atas kertas surat khabar sambil makan nasi lemak semasa sarapan pagi ini.

“Daripada congak ringkas ini dapatan awal yang saya lihat adalah seperti berikut.

Advertisements

“Lebih 39,000 pengundi yang dahulu semasa PRU-15 keluar mengundi, kali ini mereka tidak keluar mengundi.

“Daripada jumlah ini, 18,000 adalah pengundi Melayu, 16,000 pengundi Cina dan 5,000 pengundi India telah tidak keluar mengundi.

“Undi Melayu kepada PN meningkat sebanyak 9,000 daripada 20,000 semasa PRU-15 kepada 29,000 pada PRK ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan kerjasama dengan BN, PH telah menambah 4,000 undi Melayu dalam PRK tersebut kepada 7,000 undi berbanding 3,000 undi dari pengundi yang mereka peroleh pada PRU-15 lepas.

“4,000 undi ini besar kemungkinan adalah daripada BN. Namun demikian, BN pula dianggarkan telah kehilangan 27,000 undi Melayu atau 90 peratus penyokong-penyokongnya berbanding PRU-15 yang lepas.

“Ini sama ada melalui penyokong-penyokong BN dalam PRU-15 lepas kini tidak keluar mengundi (18,000) atau kini mereka telah mengundi PN (9,000),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan