32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Agong, Permaisuri prihatin keselamatan rakyat

Mesti Baca

RAKYAT Sarawak dinasihat menjaga keselamatan diri dan keluarga ketika rombongan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di satu-satu lokasi di negeri ini.

Istana Negara dalam kenyataannya semalam berkata, ini bagi mengelakkan berlaku kemalangan atau kejadian yang tidak diingini sepanjang Jelajah Kenali Borneo oleh Seri Paduka Baginda.

Menurut kenyataan itu, orang ramai juga dinasihatkan tidak bersusah payah menunggu rombongan terutamanya sehingga lewat malam bersama anak-anak kecil dan ketika hujan lebat.

“Seri Paduka Baginda berdua amat tersentuh hati dengan semangat dan kasih rakyat yang telah dizahirkan di sepanjang jalan raya lokasi pengembaraan, bermula dari keberangkatan tiba Baginda berdua di Lapangan Terbang Tawau, tanpa mengira penat lelah, waktu dan keadaan cuaca, terutamanya pada waktu lewat malam dan ketika hujan lebat.

“Namun begitu, Seri Paduka Baginda berdua dan Pihak Urusetia Pelaksana Kembara Kenali Borneo juga amat prihatin dengan keselamatan diri dan ahli keluarga rakyat yang menunggu rombongan Baginda berdua di lokasi-lokasi seterusnya Kembara Kembali Borneo peringkat negeri Sarawak,” katanya.

Advertisements

Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah kini dalam program Kembara Kenali Borneo bermula 3 September lalu di Tawau, Sabah dan berakhir di Teluk Melano di Sarawak pada 13 September ini.

Sehubungan itu, pihak urusetia juga memohon kepada pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah kawalan yang berkesan bagi memastikan keselamatan diri orang ramai yang berada di bahu jalan raya terjamin.

Istana Negara berkata, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah atas sambutan luar biasa terhadap program Kembara Kenali Borneo tersebut.

Ucpan setinggi-tinggi penghargaan juga dizahirkan kepada rakyat di Lawas, Sarawak dan di Brunei Darussalam atas sambutan yang telah diberikan kepada Seri Paduka Baginda berdua.

Hari ini, Seri Paduka Baginda dan rombongan berangkat daripada Miri untuk menuju ke Bintulu dan akan mencemar duli menyertai pelbagai program yang diatur di sepanjang perjalanan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pau Marti bakal ucap ‘adios’ kepada skuad Harimau Malaya

PIALA Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Ahad ini bakal menjadi tugasan terakhir Pau Marti Vicente sebagai Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan