Tuesday, July 21, 2026

Kak Ton terharu disantuni Raja Permaisuri Agong

Kami menjadi sahabat kerana kami berdua mempunyai anak yang umurnya sebaya tetapi saya tersentuh kerana arwah Mimi yang tua setahun daripada Tunku Tun Aminah... - Tunku Zarith Sofiah

Mesti Baca

“WALAUPUN sudah lama tak jumpa, kami tetap berhubung… dan hari ini, saya sangat terharu apabila Seri Paduka Baginda sudi menjemput saya mengadap.”

Demikian luahan Zaiton Hashim, 66, atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton, selepas menerima kunjungan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Pertemuan penuh emosi itu mengimbau kembali persahabatan yang terjalin lebih dua dekad lalu ketika anak perempuan Kak Ton, Allahyarham Samihah Suradin (Mimi) yang meninggal dunia tahun 2000, menderita penyakit encephalomyelitis yang menyebabkan dia lumpuh dari leher ke bawah.

“Saya kenal Kak Ton melalui laman sesawang yang diwujudkan untuk membantu arwah Mimi. Ketabahan dan kecekalan beliau sebagai seorang ibu benar-benar menyentuh hati saya.

“Kami menjadi sahabat kerana kami berdua mempunyai anak yang umurnya sebaya, tetapi saya tersentuh kerana arwah Mimi yang tua setahun daripada Tunku Tun Aminah terpaksa hidup bertahun-tahun lamanya dalam wad ICU,” titah Baginda seperti dilapor Royal Press Office.

Baginda bertitah, walaupun tinggal berjauhan dan datang dari latar belakang berbeza namun persahabatan mereka tetap utuh dan kagum dengan Kak Ton yang sangat sabar dan reda dengan ketentuan Allah SWT.

Pertemuan hari ini berlangsung selepas Raja Permaisuri Agong menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Kota Bharu.

Turut berangkat, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Lebih menyentuh hati, Kak Ton turut menunjukkan album kenangan lawatan beliau ke Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada tahun 1998 dan majlis makan malam Ikebana International, di mana sumbangan disampaikan bagi membantu rawatan Mimi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan