27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kraftangan Malaysia

Mesti Baca

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke lawatan negara Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Cindy Kiro ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Kraftangan Malaysia, Cindy Kiro juga diraikan dengan menyaksikan pameran Koleksi Sentuhan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bertemakan Eksplorasi.

“Beliu turut menyaksikan pameran Eksperimentasi Batik Inderapura, Pameran dan Demonstrasi produk tekstil Batik Malaysia serta pameran di Muzium Kraf Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Lawatan rasmi itu disambut oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli serta pengurusan tertingginya.

Cindy Kiro sedang mengadakan lawatan negara sulungnya ke negara ini selama empat hari bermula semalam.

Sebelum itu, beliau bersama pasangannya Dr Richard Davies diberi sambutan negara sempena lawatan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan