33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Ops Dadu Khas: 1,604 individu ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,604 individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian telah ditahan polis menerusi Ops Dadu Khas yang dilaksanakan di negeri Perak sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis negeri Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 1,338 serbuan dilakukan.

“Hasil daripasa serbuan terbabit sejumlah 397 peranti iaitu telefon bimbit, komputer, mesin pencetak serta wang tunai telah dirampas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM246,793,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan terbabit pihaknya turut mendapat bantuan serta kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sepanjang operasi tersebut.

Katanya, sebanyak 90 pemotongan bekalan elektrik ke atas premis perjudian di bawah Seksyen 21(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (dilaksanakan).

Advertisements

“Sekatan ke atas 55 laman sesawang berunsur perjudian dalam talian dan 53 permohonan pembatalan lesen perniagaan turut dilakukan sebagai tindakan pembanterasan ke atas sindiket perjudian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata, sebanyak 839 pertuduhan ke atas tangkapan telah dijalankan dalam tempoh operasi berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman juga telah membuka dua kertas siasatan ke atas ahli sindiket perjudian yang ditangkap oleh polis kontinjen Perak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATPUAA) 2001,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan