31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ahmad Zahid harap hubungan BN-PH diperkukuh ke akar umbi

BN akan terus bersama mempertahankan Kerajaan Perpaduan ini yang benar-benar mencerminkan wajah Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan hubungan yang baru terjalin khususnya di antara BN dan Pakatan Harapan (PH) dapat diperkukuhkan sehingga ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, ia bagi memangkin semangat perpaduan sekaligus memimpin negara dengan memberikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO hadir pada Persidangan Parti DAP Tahun 2023 hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Ahmad Zahid berkata, hari ini buat pertama kalinya beliau menghadiri Persidangan Parti DAP Tahun 2023 setelah penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Advertisements
Ahmad Zahid Hamidi bersama Zambry Abdul Kadir, Asyraf Wajdi Dusuki dan Mohd Sharkar Shamsuddin ketika menghadiri Persidangan Tahunan DAP di PICC Putrajaya.

“Saya melihat kesungguhan parti DAP untuk mengekalkan perpaduan negara ini dari dua ucapan daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.

“Ia juga diterjemahkan oleh para perwakilan yang saya temui setelah saya menjejakkan kaki ke dewan perhimpunan ini di Putrajaya yang mahukan kestabilan politik untuk memangkin lebih kejayaan buat Malaysia.

“Mendengar ucapan Setiausaha Agung DAP sebentar tadi juga ada menyebut Kerajaan Perpaduan adalah sebuah Kerajaan yang inklusif dan mewakili seluruh rakyat Malaysia.

“Malah, demi menjaga kesejahteraan dan kemakmuran rakyat, perbezaan politik dirungkaikan dan perpaduan dijadikan asas untuk kita bersama membina semula negara, khususnya dalam membangunkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,”katanya.

Sehubungan dengan itu, ujar beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, BN akan terus bersama mempertahankan Kerajaan Perpaduan ini yang benar-benar mencerminkan wajah Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan