29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Jumlah keluar mengundi PRK bawah 50 peratus – SPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERATUSAN jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram setakat jam 12 tengah hari pada Sabtu, masih di bawah 50 peratus.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya sekitar 24 peratus sahaja peratusan jumlah mengundi direkodkan bagi Parlimen Pulai.

“Sementara, sebanyak 33 peratus peratusan keluar mengundi direkodkan di DUN Simpang Jeram,”menurut SPR.

Berdasarkan data terkini SPR yang dikeluarkan semalam, seramai 205,810 pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab pada hari ini.

Ia melibatkan sebanyak 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai.

Advertisements

Bagi DUN Simpang Jeram pula melibatkan 40,301 pengundi yang akan memilih wakil rakyat baharu untuk menggantikan penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Sebanyak 61 pusat pengundian dengan 362 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi tadi.

Ia melibatkan 47 pusat pengundian di Parlimen Pulai manakala 14 pusat pengundian di DUN Simpang Jeram dijadual ditutup pada 6 petang.

Dalam pada itu, menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca diramalkan hujan di sebelah pagi dan ribut petir di sebelah petang bagi kedua-dua kawasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan