27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wan Azizah terima Ijazah Doktor Falsafah UNISEL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISTERI Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan Universiti Selangor (UNISEL).

Canselor UNISEL, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda telah menyempurnakan penyampaian anugerah berkenaan kepada Dr Wan Azizah sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-17.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, anugerah itu adalah satu pengiktirafan bukan hanya kepada beliau tetapi kepada semua yang membantunya dan ahli keluarga sepanjang mengharungi pelbagai cabaran dalam bidang politik atau kehidupan peribadi.

“Saya telah berpeluang menabur bakti sebagai seorang doktor, merawat pesakit daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kemudian menceburi bidang politik.

“Kedua-dua bidang ini memerlukan sokongan dan kepercayaan rakyat untuk berkhidmat,” katanya ketika berucap pada istiadat konvokesyen berkenaan di UNISEL Kampus Bestari Jaya, Selangor.

Advertisements

Sementara itu, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, penganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Dr Wan Azizah adalah sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan besar beliau terhadap negara dan universiti berkenaan.

Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah telah merasmikan Persidangan Kebangsaan Wanita dan Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial di UNISEL pada Ogos 2018 yang antara lain memfokuskan kepentingan menjaga kebajikan kanak-kanak.

“Ia amat dekat dengan portfolio saya ketika itu iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,”katanya ketika berucap pada istiadat hari ini.

Kehadiran beliau dalam istiadat konvokesyen berkenaan turut telah menceriakan warga kampus apabila turut menyantuni warga UNISEL dengan penuh ramah serta mesra.

Seramai 1,306 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen UNISEL yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini terdiri daripada 582 graduan peringkat diploma, 670 graduan peringkat ijazah sarjana muda, 36 graduan ijazah sarjana, 18 graduan peringkat kedoktoran.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan