34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Anwar, Dr Wan Azizah hadir majlis makan malam YUSEL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) di I-City malam semalam.

Majlis hampir dua jam itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, Alhamdulillah, semalam beliau dan Azizah meluangkan masa hadir ke Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) di Hotel Double Tree by Hilton, I-City.

“Diapit Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

“Majlis jamuan makan malam itu diadakan bagi meraikan Azizah sebagai penerima ijazah kehormat dan mengumpul dana bagi Tabung Yayasan Unisel.

“Dititipkan doa agar Unisel terus sukses dan meluluk lebih banyak peluang agar lebih maju pada masa akan datang,”katanya.

Dr Wan Azizah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan bersempena Istiadat Konvokesyen Unisel Kali Ke-17 2023 pada 9 September lalu yang berlangsung di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya. – Edisi 9

Terkini

Kalau tak faham keperitan rakyat baik diam – Dr. Akmal

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh membidas kembali kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian...

Lagi Artikel Berkaitan