30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PM bertemu rakyat, pelajar di San Francisco

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan sesi dialog serta makan malam bersama warga Malaysia di San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata, beliau dan Isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berbesar hati untuk bertemu dan berdiskusi bersama warga termasuk pelajar-pelajar Malaysia di sana.

“Mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di San Francisco.

“Saya dan Azizah amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pertemuan itu, beliau berkesempatan berkongsi usaha yang giat dilakukan oleh kerajaan di bawah kepimpinannya bersama-sama menteri Kabinet lain.

Advertisements

“Ruangan ini juga saya minta menteri Kabinet yang bersama untuk jelaskan usaha mereka menerusi kementerian masing-masing.

“Menginjak setahun usia Kerajaan MADANI, saya tegaskan bahawa kita akan lakukan lebih banyak inisiatif dan dasar yang menguntungkan rakyat keseluruhan,”katanya.

Selain itu, dalam sesi dialog berkenaan, beliau juga sempat menjawab pelbagai persoalan terkait ekonomi dalam kalangan pelajar di luar negara.

“Saya juga sempat menjawab pelbagai persoalan dan isu yang diajukan antaranya terkait ekonomi, prestasi ringgit, penghijrahan bakat tempatan dan pelaksanaan inisiatif kerangka Ekonomi MADANI,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berada di San Francisco California bersempena Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan